Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selesai mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Pahang pada Jumaat.<br /><br />Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abu Bakar pada jam 3 petang.